Wednesday, November 30, 2011

Romantiknye Zahiril dgn Shera!

Assalamualaikum :)


Siapa yang tak tahu yang Zahiril Adzim dgn Sheya Aiyob dah kahwin angkat tgn? Mehh ikot group aku! hahaha. serious laa, aku tak tahu. yelaa, aku kan SPM. mane amek tahu sgt. ni dah habis SPM, boleh laa carik berita2 hot. hihihihi.


okay, siapa taknak lelaki romantik tu mmg gila la kot. hahaha. whoaaa, bestnyee la time wedding husband bg kejutan kat kita. #dah meleset daaa ni. hahah baru je sehari habis SPM eiraaa >< Zahiril memberi kejutan pada Shera time majlis resepsi mereka. tahu ape? Zahiril bacekan puisi tuk Shera. Siap background music lagu Dirimu Satu by Ungu lagi tau! bestnyeee! hahahaha. #berangannnn! nak tahu ape kandungan puisi diaa.



“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.
Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.”




Sweetnyeeee! alahaiii. hhehehe. Zahiril tu dah lah handsome, Shera tu pun cantik. Sepadan laa. Moga sampai ke akhir hayat! Aku ni fans dieorg taw! hahaha. 


Sumber yang lagi banyak dan best dari : klick sini!


notakaki: I hope one day I akan ada moment yang sumpah gila best dlm hidup I mcm tu!

No comments:

Post a Comment