Thursday, May 26, 2011

hari itu sangat indah. paling indah setelah 2 tahun menantikannya.

Assalamualaikum :)


Intro: mood cenderung ke arah nak makannn ! --' *takde kene mengena*

hari itu sangat indah sekali . setelah 2 tahun menanti kehadirannya T__T sungguh merindukannya tahap gabann --' walaupun sementara itu sudah cukup untuk melepaskan rindu . tidak tahu juga pada dirinya , katanya merindukan aku jua . ahh ! biarkan dia , yang penting aku punya rindu lebih tinggi dari dia . hohoii ~

walau hanya 'cerita kedai kopi' ia cukup bermakna buat seorang perempuan mcm aku . duduk di pinggir pantai , di celah pohon pohon kecil , deru ombak yg membawa rindu aku ke tengah laut , angin tiup meniup menerbangkan daun daun pkok kering , cukup menjadi saksi bahawa betapa aku rindu kan dia . cukup membuktikan bahawa dia lah insan yg selama aku tunggu .

meluahkan kata2 rindu masing masing . berjanji bersama untuk berjumpa untuk kali yg kedua setelah 2 tahun menunggu . mengatur langkah apakah kemudian kesudahan hubungan ini . menantikan hari esok akan mebih bahagia disamping dia . menantikan segalanya akan berubah agar kami bersama , tetapii , semua akan mencemburui kita , tidak izinkan kita untuk terus bersama , tetapii ingatlah . kita akan berkawan untuk selamanya , sehingga ajal memisahkan kita .

bila masing masing sudah kehilangan kata kata , dia mengungkit kisah kisah lama tatkala aku dengannya . dia tidak tahu , bagi aku , YA ALLAH itu suatu perkara yang paling indah untuk aku . aku sangat terharu kerana dia tidak melupakan kisah kami yang dahulu bertahun lama . ingat bait bait perkataan yg dia lafazkan dahulu . mengenangkan segala kenangan bersama dia , aku hanya mampu menitiskan air mata . air mata kesedihan dan kegembiraan . kesedihan kerana khilaf aku berperangai seperti keanakan yang dahagakan kasih sayang dari dia . mahu perhatian yang lebih dari dia sehingga dia berasa rimas . tetapi , wajarkan seorang kekasih membuat begitu tatkala sang kekasih hatinya jauh dengannya ? itu cerita dahulu . apa yang aku gembira , hubungan kami tak terputus walaupun kami berpisah dengan cara baik . smpai sekarang kami berhubung . bertanya kan khabar . semua ini dia tidak mengetahuinya , hanya aku akan pendam sendiri . biarlah dia mengecapi kebahagiaan dia sendiri .

saat itu jua lah , kami harus berpisah untuk meneruskan kerjaya masing masing . ada kerja yg perlu dilaksanakan . pada pagi itu lah yang aku sedar , sampai sekarang aku masih mencintainya , merindukannya setiap hela nafasnya, setiap sentuhan lembutnya , setiap perkataan yang diluahkan . setiap bait bait pertemuan ini pasti akan ku sematkan didalam hati untuk selamanya . entah kenapa hati ini berat untuk melepaskan pemergiannya . rasa berat untuk mengucapkan 'selamat tinggal' padanya . Ya ALLAH , kalau dia tahu yg aku tak mahu melepaskan dia dari pandangan mtaku , adakah dia akan meyakinkan aku bahawa adanya pertemuan selepas ini ? aku hanya redha melihat dia pergi .

fikiran ini tersentak setelah aku sedar dia kini sudah jauh kembali dari aku . aku kena terima kenyataan itu . aku kena pegang pada satu prinsip 'KALAU ADA JODOH, TAK AKAN KEMANA'. kalau dia jodoh aku , jangan lah ENGKAU jauhkannya dari aku buat kali yang kedua . sesungguhnya aku berasa sakit sangat apabila dia meninggalkan aku . apa yang aku berharap adalah dia sedar bahawa aku menyayangi dia . dan aku tak boleh menyayangi orang lain selagi ada dia tersemat dalam sanubari ini .

BAGAIKAN MENUNGGU BULAN JATUH KE RIBA :)

WASALAM :)



notakaki; tetiba hari ni jiwang . HAHA . ada sedikit kedongengan disitu :D tetapi most truthly from my bottom heart :) MOON forever in my heart :)

No comments:

Post a Comment